Wednesday 3 September 2014

Puding Roti Dengan Sos Kastad

Assalammualaikum semua. Lamanya tak menulis, tapi hari ini Juren gagahkan juga untuk berkongsi resepi Puding Roti dengan Sos Kastad ini dengan anda semua. jom jenguk resepi ya..

Resepi ni sebenarnya dah lama Juren simpan dan selalunya resepi ni lah antara hidangan wajib bila musim aidilfitri..

Jom jenguk resepi kegemaran Juren sekeluarga yang mengikut citarasa Juren sendiri.





Bahan-bahan:

A


300ml susu segar / fresh milk
5 keping roti

B
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan mentega
1 biji telur ayam (pastikan dibasuh ya)
Sedikit esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

C
2 sudu makan kismis hitam

SOS KASTAD:

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
2 sudu makan gula pasir

CARA:
  • Koyakkan roti dan rendam dalam air susu selama ½ jam di dalam loyang 8inci
  • Kacau dan gaul rata bahan B.
  • Masukkan kismis hitam dan tuang ke dalam Loyang berisi roti.
  • Bakar pada suhu 180C selama 30 – 40 minit atau sehingga masak.
  • Sementara itu masak bahan sos kastard di atas api yang sederhana sebentar.
  • Tuang sos kastad di atas pudding semasa menghidangnya.
Puding roti nie memang sedap kalau dimakan sejuk dan sebagai pencuci mulut. Cubalah ya! 

Maaf ya jika ade kekurangan.

Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment