Assalamuaalaikum semua pembaca blog... semoga sihat hendaknya ya.. Hari ni Juren nak share gambar kelas talam part 1 yang diadakan pada 21 Sept ahad lepas. Ok kelas talam yang Juren buat ada beberapa part. Juren tak buat kelas talam yang belajar sampai 10 jenis ke 20 jenis ke..sebabnya Juren tak mampu dan bimbang student akan penat.
Jadinya kelas talam Juren hanya belajar 6 jenis resepi sahaja di mana semuanya hands on. Juren akan ajar tips dan teknik membuat talam yang menjadi insha allah.
Dalam kelas talam Juren akan ajar cara menimbang dan menyukat, tips mengewap, teknik memotong dan semua teknik bermula dari menimbang hingga cara memotong.
Insha allah selesai kelas talam bersama Juren..pasti student akan pandai dan tidak kekok lagi untuk membuat talam serta berani mengambil tempahan. Istimewanya kerana kelas talam bersama Juren santai dan sama2 hands on..
Ok jom kita cuci mata lihat talam yg student buat ni ye.
Untuk tempahan kelas talam bole pm Juren ye.
0 comments:
Post a Comment