Sunday 28 September 2014

TEMPAHAN DARIPADA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Semalam hari sabtu Juren Bakery ada terima tempahan makanan dan minuman daripada SPA untuk majlisnya bertempat di Kementerian Dalam Negeri Johor. Terima kasih daun keladi kepada pihak urus setia en. Nizam atas kepercayaan yang diberi. Walaupun ade penambahan lagi 100biji kuih di saat akhir namun alhamdulillah pihak kami dapat menyempurnakan sehabis baik.

terima kasih banyak2 ye. Semoga kita akan bekerjasama lagi sleepas ini. Insha allah. Jom cuci mata..





Wednesday 24 September 2014

Kelas Talam part 1

Assalamuaalaikum semua pembaca blog... semoga sihat hendaknya ya.. Hari ni Juren nak share gambar kelas talam part 1 yang diadakan pada 21 Sept ahad lepas. Ok kelas talam yang Juren buat ada beberapa part. Juren tak buat kelas talam yang belajar sampai 10 jenis ke 20 jenis ke..sebabnya Juren tak mampu dan bimbang student akan penat.

Jadinya kelas talam Juren hanya belajar 6 jenis resepi sahaja di mana semuanya hands on. Juren akan ajar tips dan teknik membuat talam yang menjadi insha allah.

Dalam kelas talam Juren akan ajar cara menimbang dan menyukat, tips mengewap, teknik memotong dan semua teknik bermula dari menimbang hingga cara memotong.

Insha allah selesai kelas talam bersama Juren..pasti student akan pandai dan tidak kekok lagi untuk membuat talam serta berani mengambil tempahan. Istimewanya kerana kelas talam bersama Juren santai dan sama2 hands on..

Ok jom kita cuci mata lihat talam yg student buat ni ye.

Untuk tempahan kelas talam bole pm Juren ye.









Sunday 14 September 2014

Apam Coconut Blossom

Assalaamuaalaikum...

Hari ni Juren nak share gambar apam coconut blossom yang ditempah bersama sama lapis warna warni.. sebenarnya apam ni memang sesuai untuk mana mana majlis jamuan kerana bentuknya yang comei ni dan ramai yang gemar baik kanak kanak mahupun org dewasa. Kalau dulu waktu thn 2002 Juren menempah dari kedai kek muslim sempena majlis perkahwinan Juren...hari ini Juren pula mendapat tempahan. Inilah kehidupan kan...roda nya sentiasa berputar.

Apam ni pada mula mula glamer dulu intinya hanya kelapa...tapi disebabkan manusia ni di beri ilham menghasilkan sesuatu yang kreatif maka inti nya lebih variety..ade yg inti blubery..coklat..dan sebagainya mengikut citarasa masing masing.

Dan inilah resepi yg Juren simpan sejak lebih 10thn dulu. Dan resepi ni sama sekali x sama dengan resepi apam polkadot yg sedang glamer la nie...

ok lah...jom layan mata ya..




Kuih Lapis Warna Warni

Assalamuaalaikum...

Hari ni Juren ambil tempahan kuih lapis warna warni sempena majlis bersama kanak2 sekolah. Juren pun tak pasti sekolah mana tapi katanya ade majlis makan2 dan pertandingan. Cikgu nye menempah kuih lapis dan apam coconut blossom. Apapun..juren ucapkan ribuan terima kasih ya...

Just nak share, sebenarnya dah lama tak buat kuih lapis ni. Kalau tak silap kali terakhir Juren buat tahun 2008. Sebelum tu Juren buat kuih lapis ni kerana Juren mengambil tender untuk supply kuih sarapan pagi ke kantin kilang dimana kuantiti setiap hati ade lah 1000biji - 2000 biji. Banyak kan.... bayangkan Juren buat lebih kurang 15jenis kuih setiap hari.

Ok lah...jom layan mata ye...





Wednesday 3 September 2014

ROTI PURI

Assalamualaikum semua... hari ni Juren nak bagi resepi ROTI PURI. Resepi ni sgt ringkas dan cepat penyediaannya. Sewaktu membancuh Juren guna mixer tapi seandainya tiada mixer boleh juga uli tangan sebab adunannya pun tak banyak. 

Bila mengimbau semula zaman kecil-kecil dulu, roti puri ni lah yang mak dan abah Juren buat untuk kami buat minum petang. Tambah pula dicicah dengan kuah kari. Makan panas- panas...pergh...terasa.... bagi yang gemarkan pedas boleh juga dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Aduhaiiii.... jom lah kita jenguk resepi nya ye...






Roti Puri

Bahan2:

2 cwn tepung gandum
2 sudu makan minyak
½ sudu makan gula pasir
Secubit garam
Air suam dicampur 1 sudu susu pekat (lebih kurang secawan)

Cara
1.       Satukan tepung gandum, minyak, gula pasir dan garam. Gaul ratakan.
2.       Masuk air susu suam sedikit demi sedikit.  Uli hingga doh licin dan tak melekit di tangan.
3.       Bulat-bulatkan doh dan gelek atas papan penggelek.
4.       Goreng doh dengan api yang panas sehingga kekuningan.
5.       Sedia dihidang dan lebih sedap bersama kuah kari.

Resepi ni menghasilkan lebih kurang 22 keping kalau buat comel-comel.



Selamat mencuba ya. Maaf ya jika ade kekurangan .



Puding Roti Dengan Sos Kastad

Assalammualaikum semua. Lamanya tak menulis, tapi hari ini Juren gagahkan juga untuk berkongsi resepi Puding Roti dengan Sos Kastad ini dengan anda semua. jom jenguk resepi ya..

Resepi ni sebenarnya dah lama Juren simpan dan selalunya resepi ni lah antara hidangan wajib bila musim aidilfitri..

Jom jenguk resepi kegemaran Juren sekeluarga yang mengikut citarasa Juren sendiri.




Bahan-bahan:

A


300ml susu segar / fresh milk
5 keping roti

B
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan mentega
1 biji telur ayam (pastikan dibasuh ya)
Sedikit esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

C
2 sudu makan kismis hitam

SOS KASTAD:

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
2 sudu makan gula pasir

CARA:
  • Koyakkan roti dan rendam dalam air susu selama ½ jam di dalam loyang 8inci
  • Kacau dan gaul rata bahan B.
  • Masukkan kismis hitam dan tuang ke dalam Loyang berisi roti.
  • Bakar pada suhu 180C selama 30 – 40 minit atau sehingga masak.
  • Sementara itu masak bahan sos kastard di atas api yang sederhana sebentar.
  • Tuang sos kastad di atas pudding semasa menghidangnya.
Puding roti nie memang sedap kalau dimakan sejuk dan sebagai pencuci mulut. Cubalah ya! 

Maaf ya jika ade kekurangan.

Selamat mencuba.

Wednesday 21 May 2014

Kelas Kontinental Kek

Assalamualaikum..kelas kontinental kek kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya. Terima kasih.



Turkish Indulgence Cake 


Absolute Chocolate Cake